Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam.
Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh
sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini
tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda?
Cuba lihat artikel di bawah.
1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki
mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan
sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa
kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah
hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada
keberaniannya.
2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani
menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik,
tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda
mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan
teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu
mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya
dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari
musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh
terjadi.
3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba
mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi.
Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang
diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah
berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa
yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat
seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.
4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap
ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan
lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil
bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati.
Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru
dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat
ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.
5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus
dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor
telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun
sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak
serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu
hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang
pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia
jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya.
hah , betul tuu .. daripada kelakuan takmalu dia terus berubah jadi seorang yg pemalu sakan . macam mmbe kita
BalasPadamhehe crush la tu
Padam