Tinggalkan Link Anda

Facebook's

Insta's

Instagram

Khamis, 13 Mac 2014

Aku Akan Muncul 2014 DVDRIP


Sinopsis:-

Filem yang diarahkan oleh Krishnan Roy dan skrip yang ditulis oleh Qash Aris ni adalah sebuah filem seram dan merupakan antara filem baru terbitan syarikat penerbitan baru iaitu RM Vision Film Production Sdn Bhd. Filem ini mengisahkan sebuah keluarga, tiga orang pemburu dan sekumpulan pelajar Arkeologi yang pergi ke sebuah tempat yang sama dengan tujuan berlainan. 

Cerita ini penuh misteri. Misteri? Kenapa? Sebab buat saya tertanya-tanya. Contohnya, pada mulanya ingat scene hantu kat rumah lama yang Dato' Jalaludin duduk tu. Tapi rupa-rupanya tidak. Ke'seram'an filem ini bermula apabila salah seorang pelajar terbabit telah menceroboh kubur lama milik Kesuma.

Siapa Kesuma? Kesuma adalah wanita yang teruja nak jadi wanita paling cantik di kampungnya. Kemudian, scene flashback iaitu scene zaman dahulu kala. Scene ini meleraikan teka-teki misteri siapa Kesuma. Kenapa Kesuma Muncul Kembali? Haaa, sebab itu tajuk filem ni Aku Akan Muncul. Sebab Kesuma muncul kembali. Haaaa!!

Memang teruklah Kesuma ni. Secara tak pasal-pasal, saya teringat mak tiri Snow White yang berperangai macam Kesuma ni. Hahaha. Tapi Kesuma lagi jahat. Dek kerana sebuah insiden, muka Kesuma telah cacat dan mengambil masa untuk pulih. Dengan bantuan bomoh terkenal kat kampung tu, Kesuma kenalah tunaikan syarat untuk jadi cantik balik dalam masa sekian, sekian. Kalau Kesuma gagal, beerti Kesuma dan Bomoh tu akan mati. Misteri kan?

Tapi terdapat juga babak dalam filem ini yang tak beberapa logik. Hurm, yang tu anda kena menilai sendiri. Sebab lain orang lain citarasa. Hehehe. Tapi first time tengok lakonan Abam Bocey MLM. Good job Abam.

Secara keseluruhan, aku kasi 3.5 bintang untuk filem ini.

Jadi nak tengok filem ni, save the date please. Filem Aku Akan Muncul mula ditayangkan pada 27 Februari ini. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Good luck para pelakon dan RM Vision Film Production Sdn Bhd. As I said before, jangan letak harapan tinggi. Tengok dan enjoy filem ini. Barulah anda lihat kelainan yang ada dalam filem ini. Yela, lain pengarah lain hasilnya. :)
Trailer:-

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Percintaan Dot-Com Blogger Template by MZMJ Blogger Template